Tuan-tuan dan puan-puan di jemput untuk membeli sambil menderma bagi mengumpul dana pilihanraya muslimat kawasan titiwangsa. Gerai tersebut bersebelahan dengan gerai Lajnah Kebajikan Pas Pusat.
Saturday, 4 June 2011
Membantu Persiapan Muktamar
Friday, 3 June 2011
Saturday, 28 May 2011
Kebakaran di PPR Laksamana, Kuala Lumpur
Puan Jamaliah |
Kebakaran tersebut berlaku di rumah yang di diami oleh Puan Jamaliah dan keluarganya. Kejadian berlaku pada jam 11.25 pagi pada 19hb Mei 2011.
Ketika itu beliau yang merupakan seorang ibu tunggal tiada dirumah. Anak lelaki beliau dan seorang cucu sempat menyelamatkan diri ketika api mulai marak pada kejadian kebakaran itu.
Kebakaran tersebut telah menyebabkan harta benda milik meraka hangus dalam kebakaran di salah sebuah unit blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana. |
Pihak bomba dari Balai Bomba Jalan Hang Tuah berjaya memadamkan api kebakaran |
Anggota Bomba melepaskan lelah setelah berusaha sedaya upaya memadamkan api |
Anak- anak Puan Jamaliah hanya mampu memandang keadaan rumah yang terbakar dan masih kepanasan. Namun mereka tabah dan sabar terhadap ujian yang menimpa keluarga mereka ini. |
Pihak Bomba membuat pemeriksaan untuk memastikan api telah benar-benar berjaya di padamkan sebelum membenarkan pihak yang berkaitan meninjau keadaan kebakaran di rumah itu |
Kelihatan Encik Ismail - Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Laksamana dan di belakang beliau ialah Encik Abu Hasan Wakil kepada YB Dr. Lo' Lo' yang turut bergegas ketempat kejadian |
Encik Abu Hasan bertanyakan sesuatu dengan Puan Jamilah dan turut menyampaikan sumbangan dari Ahli Parlimen Titiwangsa untuk di sampaikan kepada keluarga Puan Jamilah. |
Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sukiman Surahman telah mengarahkan pihak DBKL memberikan penempatan baru buat keluarga ini.
Walaupun harta benda tidak dapat diselamatkan, keluarga ini tetap bersyukur kerana kejadian ini tidak melibatkan nyawa.
GAMBAR DAN LAPURAN ;
AISHAH & MIZA
Sunday, 22 May 2011
Program Ziarah Kasih Muslimat - Puan Murni binti Agil
Program Ziarah Kasih Muslimat pada 10/5/2011
Ziarah rumah kelima Puan Zalina binti Kassan di Datok Keramat.
Beliau seorang ibu tunggal dan berpenyakit darah tinggi. Beliau memelihara anak-anak seramai 15 orang.
Suami beliau meninggal pada 13/07/09 kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya.
Anak-anak yg masih bersekolah seramai 13 orang dan tinggal bersama mak saudara seorang warga emas yang juga seorang ibu tunggal yang menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Program Ziarah Kasih Muslimat - Puan Mariam binti Sudah
Program Ziarah Kasih Muslimat pada 10/5/2011
Ziarah rumah keempat Puan Mariam binti Sudah di Kg Datok Keramat.
Beliau seorang warga emas berumur 82 tahun dan ibu tunggal yang mengidapi sakit kronik jantung serta darah tinggi.
Mempunyai seorang cucu OKU yang terencat akal sejak dari umur cucunya 18 bulan. Namanya Nur Izzati binti Mahmud.
Mereka tinggal bersama ibubapa dan adik-adiknya seramai 3 orang.
Subscribe to:
Posts (Atom)