Friday, 22 April 2011

Gambar YB Dr. Lo' Lo' melawati tanah jerlus

Kebocoran Pada Saluran Palong Menyebabkan tanah mendap dan serapan air sekitar kawasan kejadian




YB Dr Lo'Lo' turun melawat kawasan Tanah Mendap
dan Diberikan Taklimat 
oleh pegawai Keselamatan DBKL

Satu saluran yang sudah pecah dan menyebabkan air keluar dari bahagian tersebut menyebabkan banjir


Bersama2 wartawan harakah Melawat Mangsa2 yang dipindahkan  di Dewan Jalan Hamzah

SUMBER GAMBAR - BLOG DR LO LO

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026

Dr Lo' Lo' difitnah kerana tanah jerlus





 
KUALA LUMPUR, 21 April: Kejadian tanah jerlus yang berlaku jam 12.15 malam 14 April lalu di Jalan Syed Mahadi, Kampung Baru, di sini, yang jelas merupakan bencana alam, telah dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab sebagai alat untuk menyebarkan fitnah terhadap Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Fitnah tersebut disebarkan menerusi pemasangan 'banner' di beberapa batang jalan raya utama di ibu kota sejak awal pagi ini yang memburukkan Dr Lo'Lo' kononnya hanya sekadar pandai bercakap dan berjanji, tetapi tidak melakukan sebarang tindakan untuk mengatasinya.

Setakat yang dapat dikesan hari ini, banner-banner tersebut dinaikkan di tiga tempat iaitu di jejantas Jalan Raja Abdullah dekat Kampung Baru, jejantas berdekatan Tabung Haji dan jejantas dekat Jalan Gurney.

Lontoran kata-kata yang dipaparkan pada banner-banner itu masing-masing berbunyi "Dr Lo' Lo' hanya pandai cakap/janji tapi tak mampu selesaikan isu tanah mendap di Kampung Baru", "Tanah Kampung Baru mendap, apa Dr Lo'Lo' mampu buat?" dan "Tanah Kampung Baru mendap, rakyat perlu nilai kemampuan Dr Lo' Lo' selesaikan masalah".

Pegawai Khas kepada Dr Lo' Lo', Yasir Asri Zaid Yazid menegaskan, pihaknya amat kesal dengan pemasangan 'banner-banner' itu kerana ia jelas satu fitnah yang tidak berasas terhadap Dr Lo'Lo'.

Menurut beliau, pada hal sejak awal kejadian, Dr Lo' Lo' telah bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan tinjauan yang disusuli dengan beberapa tindakan bagi membantu mangsa yang terlibat dan berusaha mengatasi kejadian itu dengan pelbagai cara.

Katanya, Dr Lo' Lo' ternyata tidak berdiam diri dengan apa yang berlaku dan ia bukan sekadar diakui mereka yang menjadi mangsa, tetapi juga seluruh penduduk Kampung Baru yang prihatin dengan kejadian itu.

"Antara usaha yang dilakukan oleh Dr Lo' Lo' atau pihak kami, kami bukan sekadar membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan menumpangkan mereka tinggal di Dewan Serba Guna yang terletak di Jalan Hamzah di Kampung Baru ini, tetapi juga membantu menyediakan makanan dan minuman secukupnya kepada mereka.

"Selain itu, mereka juga turut dibantu oleh Dr Lo' Lo' atau pihak kami untuk tinggal di rumah PPR Jalan Ayer Panas dekat Setapak sehingga mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah terjamin keselamatannya," jelasnya ketika ditemui di pejabatnya di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Titiwangsa di Kampung Baru, di sini, hari ini.

Di samping itu, Dr Lo' Lo' turut berusaha mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak bertanggungjawab bagi mengatasi kejadian itu termasuk dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Kini, hasil dari perbincangan itu, pihak-pihak bertanggungjawab telah pun digerakkan untuk segera mengatasi kejadian itu dengan beberapa langkah wajar termasuk membaikpulih kawasan kejadian dengan menambak kembali tanah yang runtuh, membaiki kembali longkang yang pecah dan mengadakan beberapa langkah keselamatan bagi penduduk di kawasan itu.

Katanya, kejadian tersebut membabitkan 58 keluarga termasuk warganegara luar, tetapi daripada jumlah itu hanya 7 keluarga sahaja yang paling teruk terjejas.

Kejadian tersebut berlaku akibat longkang yang berada di bawah tanah di jalan tersebut pecah, apabila palung besar yang berada di atasnya yang membawa aliran air dari Sungai Bonus bersebelahan wisma Bernama ke Sungai Kampung Baru atau Sungai Klang, bocor kerana tersumbat dengan sampah sarap yang terlalu banyak.

Ini menyebabkan berlakunya penyerapan air ke dalam tanah yang membawa kepada mendapan tanah sehingga mencetuskan tanah jerlus dan banjir lumpur di kawasan itu, sekali gus merbahayakan rumah-rumah kediaman di sekitarnya.   

Kejadian tidak diduga itu sememangnya mencemaskan, tetapi hasil usaha Dr Lo' Lo' dengan kerjasama pihak-pihak berwajib, 51 keluarga terbabit telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak Ahad lalu setelah rumah-rumah mereka terjamin selamat.

Menurut Yasir Asri, 7 keluarga yang terjejas teruk itu pula ditempatkan di rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Ayer Panas sehingga selesai kerja-kerja menambak dan membaikpulih tempat kejadian.

"Keluarga yang ditempatkan di PPR Jalan Ayer Panas itu dijangka akan terus tinggal di sana sehingga kerja-kerja itu selesai yang dijangka sehingga tiga bulan tanpa sebarang bayaran, hasil ketegasan dan kecekapan rundingan Dr Lo' Lo' dengan pihak DBKL," tegasnya.

Dengan perkembangan tersebut, beliau yakin segala fitnah jahat yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu terhadap Dr Lo' Lo' pasti akan terpadam dengan sendirinya kerana ia bukan sekadar dapat dinilai sendiri oleh penduduk Kampung Baru, tetapi juga oleh pelbagai pihak di seluruh negara.

"Tambahan pula dalam masa yang sama, 'banner-banner' itu bukan sekadar segera diturunkan oleh pihak kami, tetapi kami sendiri juga akan turut mendedahkan kepada pelbagai pihak tentang fitnah mereka itu agar semua pihak dapat menilainya dengan adil," tegas beliau.

SUMBER - HARAKAH DAILY

Thursday, 21 April 2011

Aktiviti - JUMBLE SALE - Muslimat Titiwangsa 17hb April 2011

Aktiviti mengumpul pakaian dan barang terpakai telah di usahakan bersama oleh Lujnah Ekonomi, Dewan Muslimat PAS Kawasan dan PKWR.

Usaha ini dilakukan untuk mengumpul dana bagi menjalankan aktiviti-aktiviti lain seperti sumbangan kebajikan, sumber untuk program-program dan seumpamanya.

Dengan sumbangan pakaian dan barangan terpakai tersebut,  satu jualan Jumble Sale telah diadakan pada 17 April, 2011 yang lalu.  Penglibatan AJK-AJK dalam menjayakan program itu amat memberangsangkan.  

AJK SEDANG MEMBUAT PENGUMUMAN JUALAN
Disamping itu pihak PKWR dan pihak Dewan Muslimat masih mengalu-alukan sumbangan pakaian atau barangan terpakai tersebut untuk meneruskan usaha mengumpul dana ini.

PEMBELI SEDANG MEMBUAT PILIHAN






Kepada pihak yang telah menyumbang,  ucapan jutaan terima kasih dan Jazakallahu khairan kathira di ucapkan kerana tanpa kejayaan mengumpul pakaian dan barangan tersebut, program seumpama ini tidak akan dapat dijalankan dengan jayanya.

DJ SEDANG BERCELOTEH
Jika ada pihak yang ingin meyumbangkan barangan terpakai atau pakaian, bolehlah menghubungi AJK Dewan Muslimat atau menghubungi pejabat PKWR. Hubungi - 019-285 2723 (Ustazah Aishah) untuk sebarang pertanyaan.  Sumbangan ini amat dualu-alukan dan amat dihargai.

AJK MENGEMAS SETELAH JUALAN BERAKHIR



Semuga dengan usaha seumpama ini dapat memberikan sumber yang baik dan mengadakan program yang baik untuk kebajikan masyarakat setempat yang memerlukan.

Di sediakan oleh - Setiausaha.
Gambar diambil dari Facebook - Aishah Abdul Wahab.





Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa
No.10, Jalan Raja Muda Musa,
50300 Kampong Bharu
Kuala Lumpur
Tel : 03-26980025
Faks : 03-26980026

Wednesday, 20 April 2011

Video seks: Siapa 'whistle blower' sebenarnya?

Sejak 21 Mac, gandingan' Datuk T' diangkat oleh pemimpin Umno dan juak-juaknya termasuk PERKASA dan Utusan Malaysia sebagai 'whistle blowers' yang harus dilindungi.

Pada tarikh itu, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay dan Datuk Shuib Lazim menayangkan sebuah video kepada media dan ahli politik terpilih untuk “membuktikan' Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Suara-suara Umno mengenai keperluan melindungi Datuk T sebagai “whistle blower” semakin lantang dengan pengumuman terbaru polis bahawa tiga individu berkenaan mungkin dihadapkan ke mahkamah kerana menayangkan video lucah.

Persoalan timbul sama ada Datuk T layak dipanggil “whistle blower” kerana kononnya mendedahkan perbuatan sumbang Anwar.

“Whistle blower” adalah pihak yang mendedahkan sesuatu skandal , khususnya yang mempunyai implikasi kepentingan nasional.

Umumnya orang yang membuat pendedahan itu terbabit secara langsung dalam skandal berkenaan, justeru keperluan untuk memastikan keselamatan beliau.

"Whistle blower" berkenaan juga dikecualikan daripada pendakwaan demi memastikan agenda lebih besar ialah membongkar skandal itu dan menghukum "ikan jerung” yang bertanggungjawab, mencapai matlamatnya.

Merujuk kepada kes Datuk T, seseorang yang memegang bukti dan mahu menegakkan kebenaran tidak akan membuat tempahan bilik hotel dan menjemput media serta ahli politik tertentu (Datuk Zaid Ibrahim) untuk menonton video lucah.

Tindakan itu bukan amalan rasional bagi pihak yang menuntut keadilan tetapi lebih mirip kepada ahli politik yang mahu memastikan rakaman itu dipancarkan ke seluruh media tempatan dan antarabangsa.Terbongkar

Pihak yang berjiwa Islam dan tidak mahu mengaibkan sesiapa (seperti mana yang didakwa Datuk T) tidak akan menggunakan media untuk membuat ugutan terbuka terhadap Anwar dan isterinya untuk berundur dari politik.

Sejak 21 Mac, motif Eskay, Rahim dan Shuib berhubung video itu terbongkar sedikit demi sedikit.

Kecacatan-kecacatan dalam video berkenaan turut diperinci dan didedahkan oleh pihak-pihak tertentu, untuk membuktikan rakaman itu adalah fitnah licik semata-mata.

Dukacita dimaklumkan gandingan Datuk T tidak boleh memakai topi “whistle blower” supaya kebal dari pendakwaan di mahkamah undang-undang mahupun menghadapi penilaian di mahkamah rakyat.

Segala tindakan yang diambil mereka mempunyai agenda tertentu dan ia amat berkait dengan agenda besar Umno untuk menumbangkan Anwar.

Benar, “whistle blower” harus dllindungi, tetapi siapakah “whistle blower” dalam kes ini, mahupun dalam politik negara?

Jawapannya Anwar Ibrahim.

Susulan tindakannya mendedahkan pelbagai skandal di Dewan Rakyat dan di ceramah-ceramah, Anwar digantung enam bulan dari parlimen Disember lalu.

Ceramah-ceramah beliau di Kuala Lumpur, Johor dan negeri-negeri lain menjadi sasaran serbuan polis.

Di Sarawak, ceramah-ceramah Anwar dihadiri ribuan orang, di bandar dan kawasan pedalaman, dengan pengundi Melayu-Melanau, Cina, Iban dan Dayak hadir mendengar kepincangan-kepincangan BN.
Najib tidak menjawap

Sehingga hari ini, perdana menteri dan menteri-menteri Umno khususnya tidak menjawab beberapa skandal yang dibongkarkan oleh Anwar.

Ini termasuklah pemberian kontrak lebih RM2 bilion Kementerian Pertahanan kepada seorang pemimpin Umno dari Perak sejak tahun 2008 yang mencerminkan budaya kronisme masih menebal dalam Umno.

Najib juga tidak mengulas dakwan Anwar bahawa 1Malaysia Development Corporation (MDB) dan syarikat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjalankan urusniaga mencurigakan dengan Petro Saudi.

Urusniaga itu melibatkan hampir RM6 bilion ringgit.

Contoh-contoh ini hanya secebis daripada pendedahan yang dibuat oleh Anwar di parlimen dan di luar dewan sejak beliau menjadi ketua pembangkang Ogos 2008.

Kebanyakan daripada dakwaan itu tidak dijawab oleh menteri berkenaan, sebaliknya ketua pembangkang diaib dan dicaci dengan kata-kata kurang sopan di dalam parlimen serta juga di luar oleh juak-juak Umno.

Sejak 2008, Umno mencari helah bagaimana untuk mengekang “whistle blower” bernama Anwar Ibrahim.

Tsunami fitnah

Perbicaraan fitnah liwat sekali lagi menjadi senjata politik Umno untuk menyerang Anwar dengan keyakinan pengundi Melayu mudah dipengaruhi atas isu-isu agama dan moral.

Juak-juak Umno seperti Ummi Hafilda dikitar semula manakala “pejuang-pejuang bangsa” seperti Senator Ezam Mohamad Nor dan S Nallakarupan diberikan liputan luar biasa dalam media arus perdana.

Apabila “tsunami fitnah” Umno tidak dapat menghakis sokongan untuk Anwar kerana orang Melayu menolak budaya sedemikian, parti itu tidak berundur malah memperhebatkan serangan.

Maka sampailah giliran gandingan Datuk T pula memegang “obor kebenaran” Umno dengan video seks demi membela agama bangsa dan negara.

Dan jika video seks babak pertama gagal mencapai maksud yang dihajatkan oleh Umno, usah bimbang kerana kilang fitnah parti itu sentiasa rancak dengan senjata-senjata lain.

Perlu ditanya, jika Anwar tidak lantang dan hujahnya tidak meyakinkan, adakah Umno akan mengambil peduli terhadapnya?.

Apakah rakyat di Semenanjung dan di Sarawak akan menerima secara membuta tuli segala pendedahan Anwar, jika ia tidak disokong dengan bukti dan fakta?

Jelas, Umno mempunyai kepentingan untuk membisukan “whistle blower” terbesar di negara ketika ini dengan apa cara sekali pun sama ada menerusi mahkamah atau pun menggunakan video untuk menabur fitnah.



Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'
Sumber :  DR. LO'LO' BT DATO' HJ. MOHAMAD GHAZALI


Singapore 2011 Budget

I was in Spore when their 2011 budget was tabled. There were two items that impressed me most .... can't remember all

Growth and share concept: Spore govt will give away cash amounting to SGD800 to individuals and between SGD5000 - 2000 per household. The estimated per household should average SGD3000!

How can they afford this? Simple-- the Spore govt owns all public utilities eg Electricity, water, MRT and investment arms like Tamasek and sovereign funds. Profits from these organisations are distributed back to their citizens, with the rich getting minimal and the lower income group getting the larger share. How does that compare with BN govt? Cronies get richer by the days and subsidies are cut. Yes, in buy elections the PM gives away RM200 to the voters for their votes, and only to non-Chinese !! Big joke!!

Employers CPF contributions are increased to ensure workers can have more money when they retire.

What goodies do we have for our 2011 budget? Spend more on arms and patrol crafts that costs RM 1 Billion EACH! Computers procured at RM 40,000 EACH, Costs overrun on almost all govt projects, and if you are lucky the projects might even be completed after many years delay and break down almost immediately, and the contractors must NOT be Chinese .

The following is the report of their 2011 Budget.

Makes me mad as hell.....with the imbeciles over here, both out & within government!!!

.....AND YES, (as the Singaporeans may accuse me of).....I AM JEALOUS!!!!.....and I AM SICK OF OUR OWN INCOMPETENCE & THE REFUSAL TO ACKNOWLEDGE THAT COMPETITION BASED ON MERIT IS STILL THE ROUTE TO DEVELOPMENT & WEALTH.....in a Laissez Faire Capitalist Society.

What do you expect when we have a bunch of idiots running this country compared to S’pore who have the brains and that is why S’pore is developed and successful. As long as we the idiots continue to vote for this bunch of idiots Malaysia will continue to be where it started. They only know how to talk and bad mouth about others and make phony sex video tapes to implicate the oppositions and refuse to accept their mistakes. This is BN(Bullshitter Najish) so come the next election throw them out…….don’t worry if Pakatan can run this country because when the Egyptian went to the street to throw their President out they don’t even know what their future lies for them and whether if there is a leader to replace their current President. Their objective was to get rid of him and they stay focus…….in Malaysia we have capable leaders in Pakatan to rule this country so there is nothing to be afraid of voting them into power. We have nothing to lose but every thing to gain because after 53 years – enough is enough…do it for the future generations. With BN there is no future because these idiots only look after their own future. Another 5 years term for these UMNOputras and we are all doomed .... please  WAKE UP !

Slew of Budget goodies unveiled
By Angela Lim – February 18th, 2011

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Kata-kata Aluan dari Ketua Muslimat - YB. Dr. Lo' Lo' binti Dato' Hj. Mohamad Ghazali

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saya mulakan kata-kata aluan sebagai permulaan untuk blog Dewan Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa ini, dengan Surat At-Taubah ayat ke 24 :
yang bermaksud ; Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (24)

Serta sabda baginda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Orang beriman yang bergaul dengan masyarakat dan sabar menanggung gangguannya, lebih baik daripada orangyang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak pula sabar menghadapi gangguannya.”

Salam saya untuk semua.
"Berkhidmat untuk rakyat demi Allah"
"Kami Prihatin"