Saturday, 28 May 2011

Kebakaran di PPR Laksamana, Kuala Lumpur

Puan Jamaliah


Kebakaran tersebut berlaku di rumah yang di diami oleh Puan Jamaliah dan keluarganya.  Kejadian berlaku pada jam 11.25 pagi pada 19hb Mei 2011.



Ketika itu beliau yang merupakan seorang ibu tunggal tiada dirumah.  Anak lelaki beliau dan seorang cucu sempat menyelamatkan diri ketika api mulai marak pada kejadian kebakaran itu.
Kebakaran tersebut telah menyebabkan harta benda milik meraka hangus dalam kebakaran di salah sebuah unit blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana.

Pihak bomba dari Balai Bomba Jalan Hang Tuah berjaya memadamkan api kebakaran
Anggota Bomba melepaskan lelah setelah berusaha sedaya upaya memadamkan api

Anak- anak Puan Jamaliah hanya mampu memandang keadaan rumah yang terbakar dan masih kepanasan.  Namun mereka tabah dan sabar terhadap ujian yang menimpa keluarga mereka ini.
Pihak Bomba membuat pemeriksaan untuk memastikan api telah benar-benar berjaya di padamkan sebelum membenarkan pihak yang berkaitan meninjau keadaan kebakaran di rumah itu

Kelihatan Encik Ismail - Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Laksamana dan di belakang beliau ialah Encik Abu Hasan Wakil kepada YB Dr. Lo' Lo' yang turut bergegas ketempat kejadian

Encik Abu Hasan bertanyakan sesuatu dengan Puan Jamilah dan turut menyampaikan sumbangan dari Ahli Parlimen Titiwangsa untuk di sampaikan kepada keluarga Puan Jamilah.
 
Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sukiman Surahman telah mengarahkan pihak DBKL memberikan penempatan baru buat keluarga ini.

Walaupun harta benda tidak dapat diselamatkan, keluarga ini tetap bersyukur kerana kejadian ini tidak melibatkan nyawa.


GAMBAR DAN LAPURAN ;
AISHAH & MIZA

Sunday, 22 May 2011

Program Ziarah Kasih Muslimat - Puan Murni binti Agil

Program  Ziarah Kasih Muslimat pada 10/5/2011
 


Ziarah rumah kelima Puan Zalina binti Kassan di Datok Keramat.
Beliau seorang ibu tunggal dan berpenyakit darah tinggi.  Beliau memelihara anak-anak seramai 15 orang.
Suami beliau meninggal pada 13/07/09 kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya.
Anak-anak yg masih bersekolah seramai 13 orang  dan tinggal bersama mak saudara seorang warga emas yang juga seorang ibu tunggal yang menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis. 
 

Program Ziarah Kasih Muslimat - Puan Mariam binti Sudah

Program  Ziarah Kasih Muslimat pada 10/5/2011

Ziarah rumah keempat Puan Mariam binti Sudah di Kg Datok Keramat.
Beliau seorang warga emas berumur 82 tahun dan ibu tunggal yang mengidapi sakit kronik jantung serta darah tinggi.
Mempunyai seorang cucu OKU yang terencat akal sejak dari umur cucunya 18 bulan.  Namanya Nur Izzati binti Mahmud.
Mereka tinggal bersama ibubapa dan adik-adiknya seramai 3 orang.   

Program Ziarah Kasih Muslimat - Puan Sharifah Zabedah binti Syed Hassan

Program  Ziarah Kasih Muslimat pada 10/5/2011

Ziarah rumah ketiga  Puan Sharifah Zabedah binti Syed Hassan di Kampung Datok Keramat.
Beliau seorang ibu tunggal dan warga emas.
Berumur 72 tahun. Pesakit darah tinggi dan pengidap kanser kaki.

Program Ziarah Kasih Muslimat - Puan Murni binti Agil

Program  Ziarah Kasih Muslimat pada 10/5/2011


Ziarah rumah kedua Puan Murni binti Agil beralamat di PPR Sg Bonus, Setapak.

Beliau juga seorang ibu tunggal dengan memelihara anak OKU seramai 4 orang.  2 lelaki dan 2 perempuan berumur antara 09 tahun hingga 19 tahun.

Mereka mendapat penyakit Moto Sensory Neuro Paty Type 2  di mana anak-anaknya semua bergerak menggunakan kerusi roda.





Program Ziarah Kasih Muslimat - Puan Suraya binti Abdullah

Program  Ziarah Kasih Muslimat pada 10/5/2011


Ziarah rumah pertama Puan Suraya binti Abdullah di PPR Desa Rejang.

Seorang ibu tunggal, berpenyakit sawan yang agak kritikal hinggakan baru-baru ini mengalami kemalangan dimana terjatuh dalam rumah yang pada masa itu ibu beliau keluar bekerja.

Akibat dari itu beliau patah kaki kiri.  Beliau juga seorang muallaf yang tinggal bersama ibunya yang beragama Buddha.

 
Lawatan dilakukan bersama wakil dari Ibu Pejabat PERKIM Ustaz Farhan Tee bin Abdullah, Ustazah Wan Nur Shafinas binti Wan Burhanuddin, Encik Khairul Anwar.

Wakil Ibu Tunggal PPR Desa Rejang, Puan Arbi biti Zainal juga turut hadir.

Monday, 16 May 2011

Program Ziarah Asnaf

Program mingguan anjuran bersama pemuda dan muslimat Titiwangsa iaitu ziarah kasih..pada 30 hb April mewakili YB Ahli Parlimen Titiwangsa iaitu Dr Lo' Lo' hj Ghazali di PPR Cochrane Perkasa dan Apartment blok A desa Pandan..20 buah yang sempat kami santuni....

Ucapan YDP PAS Kawasan Titiwangsa M (B) Us Hj Abdullah Abd Wahab sebelum program dijalankan...

Warg emas OKU...terlantar sejak lahir...gembira menyambut kedatangan team kami.Nasihat dan doa sempat dititipkan sebelum beredar...

Moga makcik Salbiah sabar dengan ujian Allah...
Ziarah seorang ibu OKU..

Anak muda yang terlantar sejak kecil.tidak mampu bercakap...

Comel makcik ni...orang perak katanya..

Puan Rohana Ishak sedang menyantuni seorang warga emas yang stroke..nak dapatkan I/C dan no tel cucu...sangat menginsafkan..

Mendaftarkan pengundi baru....

LAPORAN OLEH - AISHAH ABDUL WAHAB

Wednesday, 11 May 2011

Belah Mulut Cucunda Makcik Latifah

Makcik Latifah adalah seorang Tokoh Veteran PAS yang telah banyak berjasa dan banyak memberi sumbangan pada perjuangan PAS khususnya di Titiwangsa.  Makcik Latifah hanya berbasikal menjalankan aktiviti-aktiviti dakwahnya dalam membantu perjuangan Islam yang didokongi oleh PAS.

Sebagai mengenangi jasa-jasa beliau, baru-baru ini AJK Dewan Muslimat PAS Titiwangsa bersama pimpinan PAS Titiwangsa telah menziarahi Makcik Latifah sekaligus melakukan amalan membelah mulut cucundanya yang baru dilahirkan.
Bacaan doa dimulakan oleh Ustaz Surizal .Disebelah beliau ialah Cikgu Yusoop Hamid( Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa)
Ustaz Surisal sedang memberi manisan madu dan kurma...sambil diperhatikan oleh cikgu Yusoop.
Menyampaikan salam dari YB Dr Lo' Lo' dan seterusnya penyerahan sedikit kenangan buat makcik...
Senyuman seorang pejuang - Makcik Latifah Bergambar sebelum pulang.
Semuga Makcik Latifah dan keluarga sentiasa didalam perlindungan dan kasih sayang Allah




SUMBER - USTAZAH AISHAH ABD. WAHAB.

Tuesday, 10 May 2011

Seminar MAQASID SYARI'AH

Pada 3 Jumada Al-Thani 1432 bersamaan 7 Mei 2011 pada hari Sabtu, AJK  Dewan Muslimat Kawasan telah mewakili Ahli Parlimen Titiwangsa  ke Seminar Maqasid Syari'ah yang telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor Darul Ehsan.


 
 

 Seminar yang bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang.